Tuesday, 25 October 2011

SYAITAN n NAFSU x pernah berputus asa dalam menghasut manusia...huhu

hmmm...post kali saya nk ckap pasal musuh-musuh manusia yang nyata iaitu syaitan...memang kita x nampak tapi kita tahu dia ade kan...jadi ape yg perlu kita uat...cubalah untuk jangan mengikuti jejak langkah syaitan nh...syaitan ngan nafsu memang pasangan ideal yang mampu menjahanamkan manusia...sebab itu lah mereka nh sangat dimurkai ALLAH...bayangkan bagaimana tipu daya mereka yang mampu menyebabkan bapa kita kena usir dari syurga...marilah kita kembali kepada ISLAM yang sebenar n mohon banyak2 dari ALLAH agar dijauhkan dari tipu daya syaitan ini...ana pown nak cerita pasal syaitan nh...selamat membaca....n_n




KISAH NAFSU YANG DEGIL PADA PERINTAH ALLAH Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman
bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke
XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka
Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka
akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang
bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik. Kemudian Allah S.W.T
. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata,
"Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan
lemah." Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan
makhluk yang lebih mulia daripada engkau." Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu,
dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu
tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang
bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku,
dan Engkau adalah Engkau." Setelah itu Allah S.W.T menyeksanya dengan neraka jahim se
lama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang b
ermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan
Engkau adalah Engkau." Lalu Allah S.W.T menyeksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100
tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: "Siapakah engkau
dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan
Kamu adalah tuhanku." Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah
maka Allah S.W.T mewajibkan puasa. Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa
nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan
nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi
musnah.

kalau dah baca tu mestilah kena tolong sampaiakn taw....thankz again...selamat
beramal...n_n

No comments:

Post a Comment

mesti anda minat ini..;)